PEDULI SIHAT
Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Skim Kad Peduli Sihat di bawah perbelanjaan Negeri Selangor. Skim Kad Perubatan ini dilancar bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah di Negeri tersebut untuk menagani masalah kos perbelanjaan perubatan. Di bawah kad ini mereka yang layak akan mendapat Kad Peduli Sihat yang mempunyai nilai RM 500 ataupun RM 200 setahun dengan percuma.
Terdapat dua kategori iaitu Kategori A dan Kategory B untuk Kad Peduli Sihat.
Kategori A
Satu keluarga boleh mendapat satu Kad Peduli Sihat kategori A yang boleh digunakan untuk pemegang akuan utama dan satu keluarga
Manfaat
Kad ini mempunyai nilai berjumlah RM 500 setahun
Kad ini boleh digunakan sejumlah RM 50 untuk sekali rawatan
Tiada halangan untuk apa-apa jenis rawatan dan perubatan
Kelayakan
Untuk suami ataupun isteri dan anak anak mereka yang berumur bawah dari 21 tahun
Pendapatan isi rumah mestilah dari RM 3,000 sebulan dan ke bawah
Warganegara Malaysia
Kelahiran Selangor ataupun telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
Kategori B
Kategori B pula adalah untuk individu yang berumur dari 21 tahun ke atas.
Manfaat
Kad ini mempunyai nilai berjumlah RM 200 setahun
Kad ini boleh digunakan sejumlah RM 50 untuk sekali rawatan
Tiada halangan untuk apa-apa jenis rawatan dan perubatan
Kelayakan
Untuk individu yang berumur dari 21 tahun ke atas
Pendapatan individu mestilah dari RM 1,500 sebulan dan ke bawah
Warganegara Malaysia
Kelahiran Selangor ataupun telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.
Borang permohonan Kad Peduli Sihat
Permohonan secara online boleh dibuat. Mereka yang layak boleh memohon kad tersebut boleh memuat turun borang manual di sini Borang_Peduli_Sihat_Selangor. Borang ini hendaklah di isi dengan lengkap dan dihantarkan kepada Pejabat Adun Selangor yang terdekat selepas 22 Disember , 2016.