top of page

KELIRU GEJALA DENGGI DAN ZIKA??

Mungkin kita risau dijangkiti dengan virus ZIKA yang popular dalam tv tu takut-takut anak jadi cacat tapi kalau kena demam denggi yang boleh bawak mati tu tak takut ke??..Ok sebenarnya hari ni nak cerita pasa tanda-tanda kita dijangkiti virus ini..Mungkin ada simptom yang sama tapi kita tidak pasti.. jom baca

 

Cerita Virus Zika

Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Ianya boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau 'mikrosefali' sekiranya dijangkiti. Virus ini ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ianya merupakan bukan penyakit baru bagi negara seperti Afrika.

Simptom & Tanda-Tanda Demam Zika

  • Sakit kepala

  • Ruam pada kulit

  • Sakit sendi

  • Mata kemerahan

Cerita Virus Denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya. Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.
Simptom & Tanda-Tanda Demam
  • Muntah berlarutan/berpanjangan.

  • Sakit perut.

  • Kurang bermaya/sawan.

  • Sesak nafas.

  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.

  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit

Source:


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page