top of page

ECG (Elektrokardiogram)

Apakah itu Elektrokardiogram??

Elektrokardiogram memberi anda maklumat tentang:


1.Kehadiran penyakit jantung iskemia. Ini sangat berguna untuk pesakit yang pernah mengalami serangan jantung atau sedang menderita sakit dada. Ia adalah ujian asas yang bagus untuk perbandingan pada masa hadapan. Ia adalah sesuatu yang normal untuk pesakit jantung.


2.Penyakit struktur jantung seperti pembesaran ruang-ruang jantung atau penebalan otot-otot jantung.


3.Keabnormalan ritma degupan jantung sama ada laju atau perlahan.

Siapakah yang patut menjalani prosedur Elektrokardiogram?


* Secara umumnya, ujian ini disyorkan untuk individu-individu tertentu dengan:

1. Tekanan darah tinggi 1. Penyakit injap jantung, contohnya deruan jantung 3 Penyakit jantung kongenital (penyakit yang ada sejak lahir) 4. Debaran jantung 5. Tidak sedar 6. Sukar bernafas

Apakah yang terjadi selepas Elektrokardiogram?

Pada akhir ujian, keputusannya akan dibincangkan dengan pakar perubatan anda.

Apakah yang dimaksudkan apabila Elektrokardiogram saya abnormal?

Keputusan yang abnormal akan dibincangkan secara terperinci dengan pakar perubatan anda. Keputusan tersebut mungkin tidak memerlukan penjelasan lanjut atau ujian lain bagi menjelaskan puncanya atau mengesahkan penyakit yang disyaki.

Adakah Elektrokardiogram yang negatif bermakna saya bebas daripada penyakit jantung?

Elektrokardiogram yang tidak bergerak mungkin bukan satu penilaian yang sangat sensitif dalam kes penyakit jantung tertentu, contohnya penyakit jantung iskemia, terutamanya jika tiada insiden serangan sakit jantung terdahulu. ECG yang normal menandakan kemungkinan penyakit jantung teruk atau serius berkurangan tetapi ia tidak menidakkan langsung penyakit jantung. ECG memberi maklumat tambahan selain daripada yang diperoleh daripada sejarah klinikal, pemeriksaan fizikal dan ujian-ujian lain. Ia akan membantu pakar perubatan anda membuat diagnosis klinikal dan keputusan yang berkaitan dengan kesihatan anda.

JOM PERGI KE THE CLINIC@ARA DAMANSARA UNTUK ECG TEST SECARA PERCUMA!!!! TAWARAN SAH DARIPADA 1 OGOS SEHINGGA 9 OGOS 2016 SAHAJA!!!!!!


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page