top of page

Makanan Yang Mesti Di Ambil ketika Awal Kehamilan

1. Sayur-sayuran Di peringkat awal, kebanyakan ibu hamil akan mengalami morning sickness. Untuk mengatasi rasa mual, banyakkan pengambilan sayuran berdaun hijau. Selain mengurangkan rasa mual, ia kaya dengan zat besi yang diperlukan untuk pembentukan hemoglobin dalam badan. Sayuran hijau juga mengandungi mineral yang diperlukan oleh bakal ibu dan bayinya. 2. Produk tenusu Ibu hamil memerlukan bekalan protein dan kalsium yang tinggi. Protein penting untuk pertumbuhan jaringan sel bayi dan memperbaiki jaringan yang rosak serta pembentukan otot. Sementara kalsium pula penting membantu pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan. Sumber protein dan kalsium yang mesti diambil oleh ibu hamil adalah produk tenusu seperti keju, yogurt, susu. 3. Buah-buahan Ada ibu hamil yang hilang selera makan pada peringkat awal kehamilan. Buah-buahan antara yang boleh diterima oleh tekak mereka. Oleh itu teruskan makan buah-buahan kerana ia membantu meningkatkat stamina dan membekalkan tenaga. Selain boleh dimakan begitu sahaja, buah juga boleh diolah menjadi jus, salad dan smoothies. Buah banyak kandungan serat yang membantu menigkatkan metabolisme dan kekebalan badan. 4. Bijirin Makan bijirin setiap hari amalan yang baik untuk ibu hamil. Ini kerana bijirin mengandungi pelbagai mineral, vitamin B, karbohidrat dan kalsium yang diperlukan bagi menyokong aktiviti ibu hamil dan keperluan khasiat janin dalam kandungan. 5. Kekacang Seperti diketahui, khasiat kekacang memang baik kepada ibu hamil terutama di awal kehamilan. Kekacang kaya dengan kandungan protein yang membekalkan tenaga untuk ibu. Selain dari itu kandungan asid folik dan vitamin B juga memang diperlukan untuk perkembangan sistem saraf bayi. 6. Makanan laut Pembentukan otak janin bermula sejak awal kehamilan. Oleh itu ibu disarankan makan banyak makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3 dan tinggi proetin bagi membantu pembentukan otak janin seperti ikan, udang, sotong


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page