top of page

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG ANTIBIOTIK?

ANTIBIOTIK?


Antibiotik adalah ubat yang membantu melawan jangkitan bakteria. Jika digunakan dengan betul, antibiotik boleh menyelamatkan nyawa. Antibiotik bertindak dengan membunuh atau mengawal bakteria daripada membiak. Antibiotik hanya berkesan terhadap jangkitan bakteria, kulat dan parasit dan tidak sama sekali terhadap jangkitan virus.


Antibiotik tidak memerangi jangkitan yang disebabkan oleh virus, seperti

  • selsema

  • batuk

  • sakit tekak (melainkan jangkitan kuman strep)

keperluan antibiotik berdasarkan simptom anda

Jika virus membuat anda sakit, mengambil antibiotik boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan. Menggunakan antibiotik apabila anda tidak memerlukannya, atau tidak menggunakannya dengan betul, boleh menambah rintangan antibiotik.



KERINTANGAN ANTIBIOTIK??


Ini berlaku apabila perubahan tindakan dan sifat bakteria dan mampu untuk menentang kesan antibiotik. Apabila keadaan ini berlaku antibiotik yang diambil tidak akan memberi kesan kepada anda. Anda mengambil antibiotik, ikut arahan dengan teliti. Ia adalah penting untuk menghabiskan antibiotik anda walaupun anda berasa lebih baik. Jika anda berhenti rawatan terlalu awal, sesetengah bakteria boleh hidup dan semula menjangkiti-anda. Jangan simpan antibiotik untuk masa

panjang atau menggunakan preskripsi orang lain.

KESAN SAMPINGAN ANTIBIOTIK


  1. Boleh menyebabkan jangkitan kulat dibahagian vagina kerana antibiotik mampu membunuh bakteria yang biasa ditemui di bahagian vagina. Situasi ini menggalakkan lagi pembiakan kulat yang boleh menyebabkan simptom seperti kegatalan, perit semasa membuang air kecil dan keputihan

  2. Antibiotik boleh merendahkan keberkesanan pil perancang

  3. Antibiotik boleh diserap kepada janin dan beberapa antibiotik adalah merbahaya kepada janin atau bayi menyusu badan.

  4. Loya, muntah

  5. Kurang selera makan

  6. Ketidakselesaan perut

  7. Alahan (gatal pada kulit, kesukaran bernafas,batuk)

REFERENCES:


http://www.nhs.uk/Conditions/Antibiotics-penicillins/Pages/Introduction.aspx

http://www.nhs.uk/Conditions/Antibiotics-penicillins/Pages/Side-effects.aspx




Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page