ADUH SAKIT PERUT...GASTRIKKAH??
Ramai orang datang klinik mengadu dekat doktor.."doktor-doktor saya sakit perut la macam nak muntah, angin gitu.. saya ni ade gastrik ka doktor"
Doktor pun dengan berbekalkan ilmu penuh didada terangkanlah..
''Gastritis atau penyakit gastrik yang dikenali umum adalah penyakit yang dikaitkan dengan pedih atau sakit pada bahagian perut atau ulu hati . Mengikut ilmu kedoktoran, penyakit gastrik adalah keradangan yang berlaku di lapisan permukaan perut. Penyakit ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti Helicobacter Pylori, alergi, merokok atau ubat-ubatan (khususnya ubat tahan sakit, aspirin dan ubat tradisional yang mempunyai kandungan steroid).
Prostaglandin adalah sejenis bahan kimia seakan hormon yang bertanggungjawab untuk melindungi lapisan perut daripada tindakan hakisan asid gastrik (asid yang dirembeskan oleh sel di dalam perut). Apa yang terjadi pada pesakit gastritis adalah disebabkan oleh ketidak seimbangan antara 2 faktor iaitu faktor yang melindungi dan faktor agresif yang menyebabkan keradangan pada lapisan permukaan perut.'' OK FAHAM ke?? senang cerita macam simptom2 dalam gambar ni...Kalau ada tu mungkin risiko anda pengidap gastrik tu tinggi la.
UJIAN YG DIJALANKAN
OK, Lepas tu doktor pun akan cek bahagian abdomen anda untuk memastikan lokasi punca sakit.
Setelah itu, satu pemeriksaan endoskopi iaitu ‘OGDS’ (esophagogastroduodenoscopy) mungkin akan dijalankan. Ini adalah satu pemeriksaan kamera untuk melihat lapisan dalam perut serta duodenum (bahagian pertama usus kecil yang bersambung dengan perut). Prosedur ini membenarkan doktor untuk melihat di dalam perut pesakit serta membolehkan ujian biopsi untuk bakteria Helicobacter Pylori dijalankan. Selain daripada endoskopi, bakteria Helicobacter Pylori juga boleh dikenalpasti melalui ujian pernafasan yang dinamakan Urea Breath Test (UBT) dan ujian darah H.Pylori antibodi. TAPI SELALUNYA UJIAN-UJIAN MACAM NI HANYA DILAKUKAN DI HOSPITAL..
UBAT GASTRIK
Beberapa jenis ubat yang diberikan untuk rawatan penyakit gastrik contohnya
sirap magnesium trisilicate (dikenali dengan ubat kapur putih dikalangan pesakit),
gelusil (ubat ni kena kunyah),
‘histamine-blocker’ (ranitidine, cimetidine)
proton pump inhibitor (esomeprazole, pantoprazole)
TIPS-TIPS UNTUK PESAKIT GASTRIK
Elakkan :
Makanan bergoreng, pedas
Minuman bergas
Makanan yang mempunyai asid tinggi – contohnya limau, oren, tomato
Merokok
Minuman yang tinggi kandungan kafein seperti teh, kopi
Tidur sebaik sahaja selesai makan
Amalkan:
Makan dalam jumlah yg sikit tetapi kerap
Makan ON TIME JANGAN SKIP
Urus stress anda dengan bijak