top of page

APA KAH ITU PENYAKIT TIBI??


Tibi (Tuberculosis) atau batuk kering merupakan sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna.

Penyakit ini disebabkan oleh kuman TB (Tubercle Bacilli)yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.

Tanda & Gejala Penyakit Tibi Paru-paru

Berikut adalah tanda-tanda penyakit Tibi:

  • Batuk berterusan lebih dari 2 minggu

  • Kahak yang mengandungi darah

  • Demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam

  • Susut berat badan dan hilang selera makan

  • Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang

  • Mudah letih

Cara Jangkitan Penyakit Tibi

Kuman Tibi disebarkan melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.


 
Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

the clinic                 @ ara damansara

medical home for the community

  • Facebook - Black Circle
  • Instagram - Black Circle

Monday -  Sunday     8:00 am - 12:00 am
Public Holiday           8:00 am - 12:00 am

 

+60 3 7886 5977 / +6 0172770785

© 2016 The Clinic @ Ara Damansara. Proudly created with Wix.com

bottom of page