top of page

DEMAM DENGGI


DEMAM DENGGI (Gejala dan Langkah Pencegahan

Demam denggi adalah disebabkan oleh Virus Denggi. Dianggarkan terdapat 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun.

Demam Denggi merebak melalui gigitan nyamuk aedes.

TANDA & GEJALA

Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti :

- Demam panas

- Sakit kepala

- Sakit tulang belakang

- Sakit sendi-sendi

- Loya dan muntah-muntah

- Sakit biji mata

- Ruam gatal

DEMAM DENGGI BERDARAH

Demam denggi terdiri daripada Deman Denggi Biasa atau Demam Denggi Berdarah yang boleh membawa maut.

Tanda-tanda demam denggi berdarah adalah :

- Mudah lebam

- Pendarahan di bawah kulit, hudung atau gusi

- Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

CARA MENCEGAH DEMAM DENGGI

- Luangkan 10 minit setiap hujung minggu, cari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes

- Membuang bekas yang boleh menakung air

- Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup

- Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya seminggu sekali

- Pastikan saliran atap sentiasa mengalir

- Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik

- Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk

- Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup

- Sapukan krim/ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk

- Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar sewaktu keluar rumah

- Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup

RAWATAN

Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.

1. Rawatan Demam Denggi Klasikal

Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu:

a. Mengurangkan demam(suhu badan)

b. Mengelakkan dari pendarahan berlaku

2. Rawatan Demam Denggi Berdarah

a. Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.

b. Demam yang sangat panas meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.

c. Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Masa yang paling genting ialah pada hari ke 3 hingga hari ke 7.

d. Pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ia menggambarkan darjah kehilangan plasma.


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page